SK BANDAR BARU SINTOK
Budi Bakti Bestari
 
Muka Depan
Kurikulum
Ko kurikulum
Sejarah & Lokasi
Pencapaian
Bank Soalan
IT & KDP
Pusat Sumber
JPN
KPM
Galeri
Webmaster

 

 
   
 

 

 

SK BANDAR BARU SINTOK
LOKASI
PEMANDANGAN SEKOLAH


MULA BALIK

SKBBS mula beroperasi pada 1 Januari 2001 dengan menumpang sementara di SK Dato’ Wan Kemara , Changlun.  Pada masa itu jumlah guru seramai 20 orang, iaitu 6 orang lelaki dan 14 orang perempuan serta jumlah pelajar seramai 388 orang.  Pada 5 November 2001 SKBBS telah berpindah ke bangunan sendiri.
­Sintok hari ini telah mempunyai lebih daripada 43 orang guru dan mempunyai bilangan murid yang melebihi 800 orang..  Peningkatan yang agak mendadak ini menjadikan SKBBS sekolah yang mendapat tempat di hati masyarakat. Mungkin disebabkan faktor akademik dan kokurikulum yang begitu memuncak menyebabkan sekolah ini dihormati oleh masyarakat setempat.
Berlatarbelakangkan kehijauan panorama SKBBS terletak kurang 8km daripada pekan Changlun dan kurang 3km daripada Pusat Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Mempunyai sejarah yang tersendiri kerana SKBBS telah ditubuhkan demi memenuhi permintaan daripada masyarakat tempatan yang kian meningkat dan dilihat SK Dato Wan Kemara tidak dapat menampung jumlah murid yang begitu ramai.
Kepesatan pembangunan di daerah Kubang Pasu khususnya pekan Changlun ini menjadikan SKBBS adalah pilihan yang terbaik di antara yang terbaik.
Kini SKBBS bergerak maju sebagai sebuah sekolah yang bakal melahirkan insan seimbangan dan berpotensi dengan Falsafah Pendidikan Negara
 

 
 
Copyright © 2006 mad_syim@yahoo.com